
Anonymous
3 years
Cepat flu dan flu sudah 2 minggu
saya perempuan berumur 21 tahun… lately nii sy terlebih sensitif, suda 2minggu bgini… adakah ini allergik ? asal allergik terus flu bersin nonstop sehingga pening. apa patut saya lakukan?? sebelum sy flu ni pula, sminggu sebelum itu saya pernah berak berdarah… selepas stool sy bdarah hilang baru masalah flu ni datang smpai hari ni.

3 years
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami andaa mempunyai beberapa simptom yang menggangu ketenteraman anda.
Kami akan cuba membantu.
Masalah bersin serta masalah pendarahan dalam apabila membuang air besar adalah dua isu yang berbeza.
Antara punca bersin dan selesama mungkin
**Jangkitan pernafasan bahagian atas
Alahan
Jangkitan Corona
Masalah pendarahan dalam pembuangan air besar pula mungkin disebabkan oleh beberapa faktor lain.Antaranya:
- Darah bercampur dengan najis
Hal ini mencadangkan bahawa luka berada pada sebelum kolon sigmoid kerana najis pada kolon proximal adalah lembut dan ianya membantu darah untuk bercampur dengan najis. Pada masa yang sama,najis mempunyai masa yang lama untuk bercampur dengan darah di lokasi tersebut.
- Coretan atau garis-garis darah pada najis
Perkara ini mencadangkan sumber pendarahan berada di kolon sigmoid, rektum atau lubang dubur.
- Darah keluar berasingan dengan najis
Jika darah keluar sejurus selepas berak, ianya merupakan tanda-tanda buasir . Namun, jika darah keluar tanpa rangsangan berak, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku seperti penyakit divertikular, angiodisplasia,radang usus ataupun pendarahan cepat yang berlaku disebabkan oleh kanser.
Darah hanya terdapat pada tuala ataupun tisu tandas
Hal ini bererti pendarahan hanyalah sikit atau kecil dan boleh disebabkan oleh luka pada saluran atau lubang dubur dan selalunya disebabkan oleh penyakit buasir atau rekahan dubur (anal fissure) - luka kecil pada lubang dubur.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor untuk mengetahui masalah sebenar dan mendapat rawatan yang berpatutan.
Terima kasih