
Anonymous
3 years
Vaksin untuk perempuan hamil
Assalamualaikum doctor. Sy ni risau. 7hb sy ada temujanji DOS pertama vaksin covid. Hari ni, 5hb sy test pregnancy, sy dpt double line. Sy Rasa sy mengandung. Tapi Masih Baru Lagi utk pastikan. Sbb klu nk cek kantung pun kena tnggu Lagi dua minggu…MCM mana yg doctor, xpe Ker klu sy Teruskan jer vaksin 7hb ni?

3 years
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda, vaksin mengikut kajian terkini selamat untuk wanita hamil.
Mengikut garis panduan Malaysia,seseorang wanita yang mengandung boleh mendapat vaksin pertama dan ini tidak menjadi masalah.
Dos kedua boleh diambil pada minggu kehamilan 14-33.
Vaksin Covid-19 hanya akan memberikan perlindungan kepada anda dan anak anda.
Mengikut kajian kini,tiada perbezaan ketara di antara kesan sampingan seseorang yang hamil dan tidak dengan vaksin ini.
Kami harap anda mengambil pendapat lanjut dengan doktor pakar atas talian agar anda boleh mengambil vaksin Covid-19.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.