Anonymous

3 years

Adakan saya mengandung?

Hi dr . Saya nak tanya. 2 hari lepas saya ada buat pregnency test. Dan ianya positive. Dan semalam saya mengeluarkan darah yang banyak seakan period. Period saya patut nya datang awal bulan . Adakah saya keguguran?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Anda bertanyakan tentang darah yang datang seperti period selepas anda melakukan ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif 2 hari yang lalu. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, pendarahan di waktu kehamilan biasanya adalah sesuatu yang tidak normal.
Oleh itu, sebarang pendarahan perlu dirujuk kepada doktor dengan segera.

Punca-punca pendarahan semasa kehamilan termasuklah:

  • Kecederaan faraj
  • Ketumbuhan polip
  • Threatened miscarriage
  • Keguguran

Oleh itu, sila ke hospital dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan.
Terima kasih.

Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.