
Anonymous
3 years
Keluar susu badan walaupun belum pernah bersalin
Sy wanita berusia 29tahun, belum berkahwin dan melahirkan. Adakah normal susu badan kluar walaupun belum pernah bersalin? Sy baru seminggu amalkan urutan dgn menggunakan serum di bahagian breast. Sy perasan ada kluar susu di puting. Kuantiti yg sgt sedikit dan hanya keluar apabila diramas. Hanya di sebelah kiri shj… kanan tak ada…

3 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah pengeluaran susu badan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah payudara yang mengeluarkan susu ibu ketika tidak dihamil dipanggil galaktorea. Galaktorea boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Rangsangan fizikal pada puting payudara
- Kesan sampingan dari penggunaan ubat sintetik
- Prolactinoma
- Masalah ginjal yang kronik
Oleh itu, anda boleh mengurangkan sentuhan pada puting dalam apa juga bentuk. Jangan menyentuh puting, atau melakukan rangsangan seksual pada payudara, elakkan memakai pakaian ketat, jaga pemakanan dan sering melakukan riadah ringan. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.