
Anonymous
4 years
Telinga bernanah tanpa henti
telinga saya tak berhenti keluar cecair walaupun sy letak ubat titi telinga masih lagi berair

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi masalah pada telinga, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan telinga bernanah. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
- Masalah saraf
- Ketumbuhan pada bagaian saraf atau di dalam telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Pemeriksaan telinga dan ujian lain juga adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.