
Anonymous
3 years
Tidak datang period lebih 6 bulan
Sya wanita berumur 22 tahun, melahirkan anak pertama secara cizer pada bulan 10 2020…
Selepaa bersalin period berjalan seperti biasa…
Selepas 2 bulan bersalin, saya mengambil keputusan untuk mengambil suntikan perancang klinik kerajaan…
Dan kami suami isteri mlakukan hubungan seperti biasa, sbb dah ada protection…
3 bulan selepas itu saya tidak lagi meneruskan suntikan perancang kerana ingin merancang sendiri degan menggunakan ‘protection’
Setelah itu period saya xdtg langsung… ada sekali dtg, tu pun sngat sedikit dan sekejap shja…
Saya dah beberapa kali test prenant sendiri dirumah, tp tak prenant…
Saya dah scan prenant di klinik, tp tak prenant juga…
Sehingga skrang 26.06.2021 masih blum dtg period…
Apa perlu sya buat,?
Apa sbb dan punca?
Apa keburukkannya?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Untuk makluman anda, gejala tidak datang haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain selain kehamilan.
Antaranya adalah kerana hormon yang tidak seimbang seperti:
- Selepas melahirkan
- Menyusukan anak
- Berat badan berlebihan atau terlalu kurang
- Terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal
- Tekanan emosi atau perasaan
Terdapat penyakit lain yang juga boleh menyebabkan masalah ini seperti
- Masalah tiroid
- Ketumbuhan di kelenjar pituitary
Sesetengah ubat-ubatan juga boleh menyebabkan tidak datang haid.
Oleh itu, anda perlu merujuk masalah ini kepada doktor agar punca masalah ini boleh diketahui memandangkan pemeriksaan mengesahkan kehamilan menunjukkan anda tidak hamil. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian dan dirujuk kepada pakar sekiranya perlu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan.