
Sulit
4 tahun
Adakah muntah disebabkan kesan ubat tidur atau lain?
Anak saya berumur setahun sebulan,baru lepas discharge dari hospital. Selama 9 hari di ward, anak sy diberi ubat tidur untuk dressing di bahu. Selepas balik dari hospital,my baby makan minum mcm biasa, kemudian selpas beberapa jam.anak saya muntah melambak2. Adakah kesan dari ubat tidur? Masuk harini ialah 4 hari muntah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat tidur biasanya tidak membuatkan muntah. Akan tetapi, sekiranya anak anda menunjukkan gejala seperti di bawah, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor:
- Projectile vomiting (muntah yang memancut keluar dari mulut)
- Dehidrasi (mata cengkung, bibir kering serta menangis tak berair mata)
- Muntah dengan kerap
- Merengek yang sukar dipujuk (mungkin bayi sakit perut atau tidak selesa)
- Muntah mengandungi darah atau berwarna hijau
- Demam
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.