Sulit
4 tahun
Adakah penyakit gerd berbahaya dan apakah ubat ubatannya
Salam sejahtera dok… Nak tanye…sya mengidap asam lambung selama 3 bulan… Banyak ubat sya makan seperti mixture magnesium trisilicate dan gaviscon… Tapi tetap sama… Adakah penyakit saya ni berbahaya jika tidak dirawat!? Dan apakah rawatan dan ubatan yang perlu sya ambil?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, simptom anda lebih kepada GERD atau Gastroesophageal Reflux Disease. Setelah mengenal punca GERD, anda boleh menukar amalan dan gaya hidup untuk mengatasinya. Antaranya adalah:
- alkohol
- kafein
- aspirin (ubat cair darah)
- ibuprofen
- minuman berkarbonat
- jus berasid (limau gedang, jeruk dan nanas) tomato
- oren
- coklat
- Makanan yang penuh dengan lemak dan minyak juga boleh menyebabkan sakit ulu hati anda lebih teruk.
- Asap yang dihisap daripada rokok juga boleh memburukkan keadaan luka dalaman anda.
- Masalah fizikal seperti mengandung dan obesiti juga boleh menyebabkan tekanan dalam perut anda lebih tinggi dan boleh menyebabkan masalah GERD atau pedih ulu hati.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.