Sulit
4 tahun
Ingin tahu tempat check out
Salam sejahtera dok… Sya nak tanye ni… Saye ade asam lambung atau GERD… Perlu ke sya pergi klinik ataupun ke hospital terus untuk check… Tapi keluarga saye tak saran kan saye ke hospital buat masa skarang sebab takut dijangkiti virus covid 19 yang menular skarang… Perlu ke sya ke klinik kerajaan or klinik swastauntuk check out penyakit sya??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, diagnosis GERD hanya dapat disahkan dengan ujian kesihatan yang biasanya tiada di klinik. Namun, sekiranya simptom ini terlalu mengganggu kehidupan seharian anda, anda digalakkan untuk ke hospital kerajaan atau swasta. Anda boleh juga ke klinik untuk pemeriksaan lanjut buat masa sekarang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.