Sulit
3 tahun
Mau bertanya tentang masalah GERD
Hai dokter
Boleh saya bertanya adakah masalah GERD boleh menyebabkan pening kepala,badan lesu,sesak nafas dan berasa mau muntah bila melihat makanan atau mau makan dan kalau GERD adakah kita akan susah untuk meminum air atau kalau ada gerd kita xde masalah bab minum air??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, masalah GERD boleh menimbulkan beberapa gejala seperti :
- pedih ulu hati
- sakit ketika menelan makanan
- muntah
- kurang selera makan
- sesak nafas (jika terdapat kerosakan pada paru-paru)
Gejala yang anda maklumkan boleh berpunca daripada masalah GERD, tetapi gejala tersebut boleh juga berpunca daripada ‘peptic ulcer disease’ termasuk gastritis dan ulser perut. Anda boleh mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara ini daripada doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.