Sulit
4 tahun
Risau akan acid rebound
Saya sedang ambil pantoprazole untuk dua bulan. Adakah saya akan alami acid rebound selepas dua bulan.Ini sangat merisaukan saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah asid rebound kebiasaannya berlaku dalam pesakit yang mengambil ubat PPI dalam jangka masa yang lama. Oleh disebabkan itu, ubat PPI sering kali diberi dalam dos efektif yang paling rendah untuk jangka masa yang pendek.
Maka, anda jangan risau mengenai masalah asid rebound ini. Sekiranya selepas rawatan tamat dan anda mengalami gejala yang sama lagi, amat disarankan untuk anda mendapat pemeriksaan doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.