Sulit
4 tahun
Sakit Dada setiap malam
Hi, doktor selamat malam , blh bantu saya atas permasalahan ini . Saya berumur 21 tahun sakit yang saya alami ialah Setiap malam bangun sebab dada sakit tambah bila bernafas memang pedih dan mulut terasa kelat … terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di ruangan atas, saya memahami kebimbangan anda dalam masalah ini. Untuk pengetahuan anda melalui simptom yang anda terangkan anda mungkin menghidapi gangguan pada bahagian bawah esophagus disebabkan asid perut, yang lebih dikenali sebagai pedih ulu hati. Antara simptomnya adalah:
- rasa terbakar di dada
- sakit dada sewaktu baring atau ketika duduk dan selepas makan
- kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak
- rasa seperti masam-masam dan pahit
Antara penyakit yang boleh menyebabkan pedih ulu hati ialah:
- gastroesophageal reflux (GERD)
- Barrett’s esophagus
- peptic ulser
- kanser
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda alami. Sebaiknya anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.