Sulit
4 tahun
Gatal tekak, batuk dan pedih ulu hati
Saya wanita 31tahun. Hari sabtu hari tu saya ada selesema, jadi sy makan ubat cetirizine. Lepas tu selesema hilang, tapi selepas itu ada batuk dan tak sedap tekak. Rasa ada kahak tapi tak keluar dengan sepenuhnya dan masih rasa tak selesa. Dan saya dapati makan ubat itu membuat kan sy mendapat pedih ulu hati. Bahagian dada rasa tak selesa lebih-lebih lagi bila nak tidur. Adakah betul ubat itu memberi sy kesan yang sebegitu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pedih ulu hati boleh disebabkan oleh:
- Masalah asid refluks atau GERD
- Masalah gastrik
- Ulser perut
- Stress
- Hiatus hernia
Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat tentang gejala-gejala yang anda alami. Cetrizine boleh juga menyebabkan masalah sakit perut.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.