Sulit
2 tahun
Asid refluks dan lozenge
Saya lelaki berumur 28 tahun. Saya ada masalah gerd yang sedang beransur pulih. Dalam 2 3 hari ini saya mengalami demam sehingga tekak saya terasa sakit. Saya sudah membuat PCR covid dan keputusan negatif. Jadi doktor klinik beri ubat antibiotic dan lozenge. Saya hendak tanya,untuk saya yang ada masalah asid refluks,sesuai atau tidak untuk saya makan lozenge? Saya risaukan akan ada kesan sampingan pada esophagus saya.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu menegetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut serta melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan mengenai masalah anda.
Memandangkan anda sudah melawati doktor dan mendapat preskripsi perubatan, saya menyarankan anda mengikuti preskripsinya. Jika keadaan anda bertambah teruk atau timbul gejala baru, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.