Sulit
3 tahun
Gerd ( acid reflux )
doctor boleh saya tahu kebiasaan jika seseorang itu kena gerd ( asid refluks ) beberapa lama masa yang akan diambil untuk pulih seperti biasa tanpa mengambil sebarang ubat ubatan tetapi bergantung kepada perubahan gaya hidup seseorang itu doctor
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda tentang masalah gerd yang anda alami. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Selain ubat-ubatan, beberapa perubahan gaya hidup dipercayai boleh mengatasi gejala GERD. Antara perubahan gaya hidup yang dimaksudkan adalah seperti:
- Menurunkan berat badan, jika memiliki berat badan yang berlebih.
- Tidak merokok.
- Meninggikan kepala saat tidur.
- Tidak berbaring atau tidur setidaknya dalam waktu 2 hingga 3 jam setelah makan.
- Menghindari makanan atau minuman seperti alkohol, susu, makanan yang pedas dan berlemak, cokelat, mint, dan kopi.
- Tidak mengenakan pakaian yang terlalu ketat.
Tempoh waktu yang diambil seseorang untuk pulih seperti biasa adalah berbeza mengikut setiap orang. Hal ini adalah kerana ia bergantung kepada disiplin masing-masing serta tahap imun seseorang.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.