Sulit
3 tahun
Saya jadi angin, sendawa kentut sakit kepala dan bahagia dada sikit
sya umur 29 tahun… saya mengalami masalah angin yg agak teruk… sendawa kantut slalu jd lepas makan… dlm 4 5hari lepas saya telupa sbb busy kerja then sya mkn ayam gunting saja dlm pukul 5petang… ayam gunti belada… lps 3 4jam mkn saya pening mcm nak pitam waktu malam mual sakit dada sikit2… esok tu saya pergi explain then dr bg injectin( alucid dan acid reflux) lepas mkn saya kentut sendawa… tp pening kepala masih ada rasa mcm berat kepala dan sakit dada sikit2… saya buang najis pun sikit2 tp rsa mcm nak buang lg… sembelit agaknya… kepala masih pening dan agak lesu… apa tanda penyakit saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah angin dan kerap sendawa. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah pada sistem penghadaman anda. Antaranya :
- GERD
- Masalah gastrik
- Ulser perut
- Tidak mengunyah makanan sepenuhnya
- Indigestion
- Intoleransi makanan
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan untuk anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.