Sulit
3 tahun
Perut tidak selesa kepala melayang dan badan lesu
Sy lelaki berumur 27 tahun sy mngalami perut tidak selesa, selepas mkn kerap sendawa dan ketut kdg2 perut rasa pedih perut cepat lapar kdg2 rasa loya nk muntah bila muntah keluar angin je prnafasan tak lawas kepala rasa melayang dan badan sengal2 lesu adakah itu gastrik angin
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala ketidakselesaan perut dan pedih, kerap sendawa, loya dan muntah. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala yang anda terangkan boleh berpunca daripada masalah pada sistem penghadaman anda. Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Gastritis
- Ulser perut
- GERD (Asid refluks)
- Indigestion
- Intoleransi makanan (Food intolerance)
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat disiasat dan anda dapat diberikan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.