Sulit
4 tahun
Masalah muluy rasa pedas dan masam naik ke kerongkong dan tulang dada sya sakit di tengah dada
Salam doktor…sya ade mengalami masam di mulut, rasa pedih di tekak, mual, muntahkan makanan yang dimakan dan selalu kentut… Boleh terangkan kepada
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Melalui gejala yang anda terangkan di atas, saya berpendapat anda mengalami masalah GERD (gastroesophageal reflux disease) atau dipanggil asam lambung. Antara gejala yang biasa berlaku dalam penyakit ini adalah:
Sensasi terbakar di dada (pedih ulu hati), biasanya selepas makan, yang mungkin lebih teruk pada waktu malam
Sakit dada
Kesukaran menelan
Regurgitasi makanan atau cecair masam dalam mulut
Manakala sakit tekak yang dialami oleh anda berkemungkinan disebabkan asid dari makanan atau cecair yang mengalir kembali ke tekak. Asid ini akan menyebabkan iritasi dan menyumbang kepada sakit tekak.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.