Sulit
4 tahun
Heart burn during pregnancy
Rasa panas di bahagian tekan dan pedih perut
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, pedih ulu hati semasa mengandung pada kebiasaannya disebabkan tekanan dari perut ketika mengandung yang menolak perut ke atas lalu menyebabkan ketidak selesaan. Faktor lain bagi pedih ulu hati adalah penghasilan asid berlebihan atau otot esofagus lemah yang menyebabkan asid naik ke esofagus. Untuk membantu menyelesaikan masalah ini, minuman probiotik tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana fungsinya adalah menguatkan bakteria baik dalam badan dan bukannya melawan asid. Untuk mengawal simptom yang anda alami, anda boleh amalkan beberapa langkah seperti:
- Tidur dengan bantal lebih
- Tidak makan 3 jam sebelum tidur
- Banyakkan minum air kosong
- Ambil ubat-ubatan
Mengenai ubat-ubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan yang bersesuian dengan kondisi dan sejarah kesihatan anda. Sekian.