Sulit
3 tahun
Sendawa , sakit dada , mual
Saya seorang perempuan yang berumur 17 tahun , seharian saya selalu sendawa sampai sakit dada , rasa mual , kadang-kadang terasa sesak nafas dan sakit di saluran trakea ,dah lebih setahun saya rasa begini . Apa yang patut saya lakukan ? Adakah masalah ini bahaya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, kerap sendawa, rasa mual, kadang terasa sesak nafas dan lain boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit esofagus
- Jangkitan
- Penyakit gastrik
- Ulser peptik
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.