
Anonymous
5 tahun
Bacaan diastolik yang tinggi
Saya wanita berusia 35tahun…range bacaan sistolik 112-120…manakala diastolik 90-99… Adakah saya dikategorikan sebagai pengidap darah tinggi?

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh puan. Bacaan tekanan darah yang normal adalah 120/80 dan ianya dibaca sebagai 120 per 80. Nombor di bahagian atas dipanggil sebagai sistolik dan nombor dibawah dipanggil diastolik. Berikut adalah lingkungan tahap tekanan darah
Normal: Kurang daripada 120, lebih 80 (120/80)
Meningkat: 120-129 / kurang daripada 80
Tahap 1 tekanan darah tinggi : 130-139 / 80-89
Tahap 2 tekanan darah tinggi : 140 dan ke atas / 90 ke atas
Krisis tekanan darah tinggi : lebih tinggi daripada 180 / lebih tinggi daripada 120
Faktor Faktor yang menyumbang kepada tekanan darah yang tinggi adalah:
- Diabetes
- Penyakit Jantung
- Hyperthyroidism
- Penyakit Ginjal
dan sebagainya
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih