
karazenkara
3 tahun
Badan rasa panas dan sejuk, rasa seperti nak demam tapi tak demam
Saya lelaki berumur 37 tahun mengalami keadaan badan rasa panas dalam, tapak kaki dan tangan rasa berpeluh, tapi pada masa yg sama badan saya juga rasa sejuk, keadaannya seperti nak demam, tapi saya tak demam pun. Saya tidak mengalami batuk, sakit tekak mahupun selsema. For precautionary reasons saya telah menjalani ujian swab & hasilnya dalah negatif. Doktor ada memberi ubat panadol utk saya makan, saya dh makan tp rasa panas dalam & sejuk tu still ada lagi. Saya confuse…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah berasa panas di dalam badan, tetapi tidak demam.
Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala badan panas tanpa peningkatan suhu atau demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya:
- Seseorang yang mengalami gangguan emosi seperti sedang tertekan atau cemas
- Kesan sampingan ubat-ubatan atau herba tertentu
- Masalah kalenjar tiroid yang terlalu aktif
Masalah kesihatan seperti tiroid yang menyebabkan gejala ini adalah sesuatu yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor dengan lebih lanjut. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh multiple sclerosis dan fibromyalgia.
OIeh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk masalah anda ini dengan lebih lanjut memandangkan ia tidak berkurangan dengan rawatan paracetamol (panadol).
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.