Sulit
2 tahun
Batuk,dan nafas berbunyi,dada terasa sakit ketika batuk
Selamat pagi dokter saya beurumr 29 tahun akhir akhir ni saya batuk,terus nafas saya mengi dan berbunyi,ketika bangun pagi dahak saya berwarna kuning,apakah ini penyakit Tibi,saya sudah batuk 2 Minggu tak hilang hilang lagi,nafas saya bunyi dan sannlgat mengangu…mohon dokter bagi solusi tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan anda, anda berkemungkinan mengalami masalah jangkitan paru-paru secara umum. Terdapat banyak lagi sebab kemungkinan untuk kombinasi gejala seperti yang diterangkan.
- Jangkitan paru-paru /pneumonia mungkin datang bersama hasilan cecair dalam paru-paru/ pleural effusion
- Jangkitan tibi
- Jangkitan bronchus/ bronchitis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat secepat mungkin. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.