Sulit
2 tahun
Sakit dibahagian dada dan belakang
saya berumur 42 tahun…sejak kebelakangan ni saya selalu jaa nafas pendek2, bila saya cuba tarik dalam2, saya akan sakit dibahagian dada dan urat belakang…saya dah buat pemeriksaan paru2 dan ecg, semuanya normal,ok…tapi masalah pernafasan ni masih mcm tu juga…seolah2 saya mcm ada asthma…memang xpuas bernafas…apa yang perlu saya lakukan doc sebab masalah ni mmg mengganggu rutian harian saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Anemia- kurang darah
- Penyakit paru paru seperti jangkitan paru-paru
- Ketegangan otot- akibat senaman atau keradangan
- Penyakit asid refluks ataupun gastrik
- Penyakit jantung- seperti jantung berlubang, ritma tidak tetap ataupun saluran darah rosak seperti aorta koyak atau aneurisma
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.