Sulit
3 tahun
Sakit dada bahagian kiri bawah dada
Hi dr. Saya wanita dan berumur 15 tahun . sejak kebelakangan ni saya sering sakit dada dan sukar untuk tarik nafas dengan dalam , ia juga sering berlaku ketika saya baring di katil . Sakitnya seperti dada saya ditusuk . Kadang kala ia membuatkan saya sukar untuk ketawa dan bernafas .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakut dada dan sukar untuk menarik nafas dengan dalam yang sering juga berlaku ketika anda baring di atas katil. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Antara tanda-tanda jika seseorang sedang mengalami masalah jantung adalah seperti berikut :
- Sakit dada seperti dihempap
- Peluh berlebihan
- Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri
- Palpitasi
- Sesak nafas
- Mual / loya
- Sakit pada bahagian atas tengah perut (seperti sakit gastritis)
Sakit dada juga boleh menjadi tanda-tanda masalah keresahan (anxiety) dan sering ditemani oleh gejala seperti berikut :
- ‘Restless’ atau perasaan seperti ‘on-edge’
- Keletihan
- Kesusahan konsentrasi
- Gangguan emosi (seperti senang berasa marah)
- Kesukaran tidur
- Ketegangan otot
- Jantung berdear-debar
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat serta rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.