Sulit
3 tahun
Sakit dada bagi golongan remaja & anxiety
saya remaja berumur 16 tahun.saya mengalami sakit dada bahagian belah kiri.saya tak pasti sakitnya datang dari bahagian jantung atau sekitarnya. tapi setiap kali sakit , ia akan rasa berhampiran jantung.namun, sakit ini hanya sekejap . dalam 10 saat macam tu. ia juga jarang berlaku.setiap kali sakit , saya juga berada dalam keadaan yang tenang.tidak takut & tidak gelisah. saya juga telah menerima dos 2 pfizer.namun,saya juga tidak mempunyai sejarah penyakit.sakit ini juga datang selepas divaksin.
persoalannya ,
adakah ini kesan anxiety?
adakah ini normal?
adakah kesan vaksin?
mohon penjelasan.terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Antara tanda-tanda masalah jantung adalah seperti berikut :
- Sakit dada seperti dihempap
- Peluh berlebihan
- Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri
- Palpitasi
- Sesak nafas
- Mual / loya
- Sakit pada bahagian atas tengah perut (seperti sakit gastritis)
Manakala tanda-tanda masalah keresahan (anxiety) adalah seperti berikut :
- ‘Restless’ atau perasaan seperti ‘on-edge’
- Keletihan
- Kesusahan konsentrasi
- Gangguan emosi (seperti senang berasa marah)
- Kesukaran tidur
- Ketegangan otot
- Jantung berdear-debar
Ini adala secara umum mengenai tanda-tanda masalah jantung dan anxiety. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, ujian tambahan perlu dilakukan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.