Sulit
3 tahun
Rasa tak selesa.. Rasa lelah
Hi doc… Sy dh berkahwin dan 28 tahun… Sebelum ni rasa macam lelah dan tak selesa di ulu hati, bila waktu makan saja tapi jarang… Sekarang di campur dengan anxiety… Setiap hari saya rasa tak selesa dekat bahagian ulu hati… Kadang2 rasa angin tak lepas nak keluar… Buat sy macam rasa lelah… Adakah tu tanda pedih ulu hati?..
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- GERD
- Gastritis
- Peptic ulcer
- Duodenal ulcer
- Dispepsia
- Pancreatitis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.