Sulit
2 tahun
Sering senak dada pada waktu malam
sejak beberapa hari yg lalu sehingga hari ini saya mengalami berasa senak di dada terutamanya pada waktu malam. kadangkala menyebabkan saya sukar untuk tidur. tapi ia terjadi pada waktu malam sahaja. apakah puncanya dan adakah saya perlu segera berjumpa dengan doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda berasa senak dada pada waktu malam dan ini menjejaskan tidur. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah senak dada boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Gangguan emosi
- Otot dada kejang
- Radang tulang dada
- Jangkitan paru-paru
- Pedih ulu hati disebabkan gangguan asid dari perut
- Sakit jantung - seperti koronari arteri tersumbat
- Pulmonary embolism - darah pekat tersumbat dalam saluran darah paru-paru
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.