Sulit
3 tahun
Sakit dada seperti rasa tertelan makanan
Anak merupakan remaja perempuan berumur 14 tahun. Sejak seminggu yang lalu, anak saya mengalami sakit dada. Dada terasa berat dan terasa ada sesuatu yang tersekat di tekak. Tiada sesak nafas, batuk, selesema mahupun demam. Cuma nafas seperti tidak puas. Saya telah membawa anak ke hospital besar utk rawatan.Hasil ecg dan xray menunjukkan semua normal.Doktor memberi ubat tahan sakit dan ubat sapu sahaja…Boleh doktor beri penjelasan atas masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
Ini adala secara umum mengenai tanda-tanda masalah sakit dada. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, ujian tambahan perlu dilakukan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya membawa anak merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.