Sulit
2 tahun
Sakit dada kiri bawah payudara, sakit kepala kiri tpi hanya atas kepala,rusuk kiri sakit
Saya berumur 20 tahun. Tggi 156cm ,berat 70kg. Sya sudah sakit seperti yang tertera di atas selama beberapa hari. Sy telah ke klinik. Doktor suspek sya ada radang paru². Tekanan darh saya 151/93 .boleh sya tau ada kah simptom sya ialah simptom radang paru2 atau mslh lain seperti jantung atau barah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Pneumonia
- Penyakit TB
- Pleural effusion
- Bronchitis
- Bronchiolitis
- Chostocondritis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.