Sulit
3 tahun
Sudden sharp pain on left chest
Hi doctor. Baru2 ni saya ada rasa sakit dekat dada sebelah kiri, dia datang secara tiba2. rasa dia macam kena cucuk dengan pisau bila nak tarik nafas. Sebelum ni pernah juga alami sakit macam ni tapi dekat 5 bulan dah tak kena. Tiba2 tadi baru kena balik. Dan saya nak beritahu yang saya ada scoliosis. Adakah ini salah satu puncanya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
salam,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pendapat berkenaan isu kesihatan anda.
Berdasarkan penjelasan anda, anda mengalami sakit dada dan sakit semasa menarik nafas. Anda juga didiagnosis dengan scoliosis dan ingin tahu sama ada ia berkaitan dengan keadaan yang sedang anda alami. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memberikan anda maklumat yang diperlukan.
Untuk makluman anda, sakit dada mungkin disebabkan oleh:
- GERD
- Sakit perut yang menjalar ke kawasan dada
- masalah yang timbul daripada otot, sendi atau tulang rusuk
- Sakit yang berkaitan dengan masalah paru-paru seperti asma, radang paru-paru
- Masalah jantung
- masalah psikiatri
Scoliosis adalah sejenis penyakit yang merubah bentuk tulang dan ia mempunyai kemungkinan untuk menyebabkan gejala yang anda alami. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini
Saya harap pernyataan di atas dapat membantu anda dan jika anda memerlukan bantuan dan penjelasan lanjut daripada kami, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara dalam talian. Terima kasih.