Sulit
2 tahun
Sakit dada kiri di atas sekitar payudara
Saya seorang wanita berusia 30 tahun. Bulan antara Feb-Mac, saya pergi ke klinik swasta untuk memeriksa sakit dada tengah bawah, belakang & lengan kanan. Doktor telah membuat ECG dan jugak memeriksa tekanan darah. Jantung saya & tekanan darah normal. Dikatakan saya mengalami sakit esophagus & diberikan ubat mengurangkan angin & otot. Lepas 2 minggu, keadaan saya pulih. Bila hari Raya dah hampir, dada kiri di atas sekitar payudara mula muncul sakit. Sakit kejap bila memusingkan stereng & gerakkan badan saya. Seperti dicubit. Adakah ini tanda awal jantung tak sihat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang sebab sakit dada kiri di sekitar payudara.
Berikut adalah kemungkinan sebab gejala anda.
- Gangguan emosi
- Otot dada kejang
- Radang tulang dada
- Jangkitan paru-paru
- Pedih ulu hati disebabkan gangguan asid dari perut
- Sakit jantung - seperti koronari arteri tersumbat
- Pulmonary embolism - darah pekat tersumbat dalam saluran darah paru-paru
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.