Sulit
3 tahun
Pernafasan yang tidak baik. Kepenatan akibat bertugas dibawah panas dan juga sejuk berangan. Sakit dada, tidak dapat melakukan latihan pernafasan
Seorang pelajar asrama mengalami sakit dada, dia tidak dapat menarik nafas panjang, kerana berada sakit. Apa yang patut di lakukan, Perlukah dia menggunakan inhaler?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Anemia
- Penyakit paru paru seperti jangkitan paru-paru
- Ketegangan otot akibat senaman atau keradangan
- Penyakit asid refluks ataupun gastrik
- Penyakit jantung seperti jantung berlubang, ritma tidak tetap ataupun saluran darah rosak seperti aorta koyak atau aneurisma
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang rawatan dan perubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.