Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian tengah antara dada dan perut
Saya pelajar ting 5, sehari selepas melakukan ujian segak, saya rasa sakit di bahagian tengah antara dada dan perut. Selain itu, saya rasa sakit muscle tangan dan di belakang kaki. Apabila ingin bangun selepas tidor, duduk, saya rasa susah untuk bangun disebabkan sakit di bahagian tengah antara dada dan perut dan bila batuk sakit juga di bahagian itu. Apakah masalah yang saya hadapi dan apakah penyelesaiannya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit GERD
- Gastritis
- Pancreatitis
- Peptic ulcer
- Sakit jantung
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.