Sulit
2 tahun
Sakit dada sebelah kiri menekan
Hi doktor, saya wanita berumur 24 tahun, akhir akhir ni saya kerap sakit dada sebelah kiri secara tiba tiba. Saya nak tarik nafas dalam tak boleh, sakit. Terpaksa tarik nafas hujung-hujung. Kalau dulu jarang sangat berlaku. Sekarang seminggu sekali berlaku. Nak angkat tangan akan terasa sakit di dada. Kalau nak reda sakit dada amik masa lebih 30 minit. Jadi saranan doktor macam mana ye
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan sakit dada. Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda perihalkan tersebut boleh dikaitkan dengan beberapa penyakit iaitu:
- Penyakit kegagalan jantung terseumbat ( Congestive Heart Failure )
- Sindrom akut koronari ( Acute coronary syndrome )
- Jantung bengkak
- Keradangan pada jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau demam reumatik
- Penyakit hati atau kegagalan hati (badan akan kekuningan)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Penyakit darah tinggi atau kencing manis
- Salur darah kaki tersumbat ( Deep vein thrombosis )
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit jantung dari lahir seperti jantung berlubang
Berkenaan masalah yang anda hadapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.
Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi