nurulimran7
2 tahun
Tarik nafas sakit dada sebelah kiri l
Sya umur 41.lelaki perokok.2 hari sekotak…bangun pagi sakit dada sebelah kiri ketika tarik nafas panjang.dh pergi ke emergancy spital uia ktn…ECG dh bt…graf doktor kata tidak kritikal…x ray paru2 tidak…pergi pulak ke klinik biasa bt ecg lagi…masalah angin dan otot luka angkat bende berat …skrg dh 3 hari sakit sampai demam.mkn ubat angin dan tahan sakit.tarik nafas tetap sakkt.kdg batuk ada kahak dan sikit darah.mohon bantuan dokto utk langkah seterusnya…
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan encik, encik mengalami sakit dada sebelah kiri yang berterukan dalam beberapa hari serta sudah membuat ecg di hospital dan mendapati keputusan normal.Kesakitan dada encik bertambah semasa mengambil nafas dalam dengan batuk berkahak atau berdarah.
Untuk makluman encik,terdapat beberapa sebab utama yang mungkin mengakibatkan sakit dada.Termasuk:
serangan jantung, penyakit paru-paru seperti
pneumotoraks dan efusi pleura, penyakit gastrik atau GERD dan luka otot di bahagian tertentu.
Namun encik perlu mengambil lebih perhatian dalam penyakit paru-paru sebagai seorang perokok.Saya menasihatkan encik untuk membuat pemantauan diri untuk aspek-aspek ini.Kekerapan dan bahagian sakit dada, perhatikan warna dan kuantiti kahak dan ada encik mengalami kesakitan di bahagian badan lain.Dengan pemerhatian begini,encik dapat membantu diri dan doktor untuk mencari punca sakit dada dan menjalani rawatan secepat mungkin.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Jantung