
izwanizwan531
4 tahun
Batuk & sakit tekak melebihi 5 Hari
Sakit tekak & batok kering lebih 5 hai termssok cirit birit…adakah itu Tanda gejala covid 19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda berkaitan simptom-simptom yang anda alami. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Simptom yang anda alami kini boleh juga disebabkan penyakit berikut:
- Jangkitan pada kerongkong
- Alahan
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Keracunan makanan
- Radang usus
- Alahan susu
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.