
Sulit
4 tahun
Bayi 6 bulan kurang kencing
Hello doktor. Bayi saya berusia 6 bulan. Menyusu badan sepenuhnya. Apa yang saya perasan, bayi saya kurang kencing sejak dari lahir. Purata sehari penggunaan lampin pakai buang cuma 3 keping jika tidak buang air besar. 3 keping itu pun tidak penuh kencing. Najis bewarna kuning mustard, tidak sembelit dan elok teksturnya. Kulit bayi juga lembab, tegang dan tidak kering. Air kencing bayi tidak berwarna kuning pekat atau merah. Bayi aktif dan ceria. Berpeluh dan mengeluarkan air mata jika menangis. Berat badan bayi jugak naik setiap kali menjalani pemeriksaan di klinik ibu dan anak. Payudara juga terasa kosong dan lembut selepas tiap kali menyusu, kedengaran juga bayi menelan. Jadi adakah ini normal ? Saya risaukan bayi saya tidak mendapat susu secukupnya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kurang buang air kecil bagi bayi anda memerlukan maklumat tambahan seperti jumlah susu yang diminum, jenama dan bahan susu tersebut, kuantiti air kencing dan sejarah kehamilan anda. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kurang kencing dalam kalangan bayi adalah:
- Kurang minum susu
- Susu terlalu pekat
- Masalah pundi kencing - seperti “posterior urethral valve”
- Masalah saluran buah pinggang - seperti “vesico-urethral reflux”
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anak anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.