
Sulit
3 tahun
Benjolan bawah lidah atau bengkak
Kakak saya wanita umur 20an dan dia bengkak di bawah lidah atau benjolan pada petang tadi. Adakah dari faktor makan doc?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang bengkak lidah yang di alami oleh kakak anda. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala benjolan di bawah lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- pengumpulan cairan air liur yang tersumbat
- radang kelenjar air liur
- alahan makanan
- jangkitan kuman
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- lymphoepithelial cysts
- sialolithiasis
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.