
Sulit
5 tahun
Benjolan di kemaluan wanita sebelah kiri
Saya berumur 22 tahun. Secara tiba-tiba terdapat satu benjolan di bahagian bawah kemaluan saya. Benjolan itu tidak sakit akan tetapi bila menyentuh ia ia berasa sedikit gatal dan pedih tetapi bila tak sentih ia kembali normal
Tiada rasa apa apa. Apakah saya perlu merujuk kepada doktor? Kerana saya rasa macam dah lama ada tetapi kadang-kadang ia surut dan ia mula sedikit membesar . Saya risau dengan kesihatan saya. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst atau Abses
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.