
aliahn315
5 tahun
Bolehkah saya menderma darah sedangkan saya saya disah Kan menghidap penyakit darah tinggi
Dr bolehkah saya menderma darah sedangkan saya disah Kan sebagai pesakit darah tinggi,Dan diberi ubat Cozaar 50,soalan kedua saya adakah benar dakwaan memakan timun boleh menjejaskan kesihatan Rahim sekiranya dimakan semasa haid. Kerana getah timun tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit darah tinggi serta pengubatan darah tinggi bukanlah satu kontraindikasi untuk menderma darah. Seseorang pesakit darah tinggi dibolehkan menderma darah selagi tekanan darahnya terkontrol.
Merujuk kepada timun, sebetulnya tiada penyelidikan dan kajian yang membuktikan kesahihan kenyataan tersebut. Justeru, adalah digalakkan untuk anda mengkonsumsi dalam kuantiti yang sederhana dan tidak berlebihan.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.