
Sulit
3 tahun
Buah pingang tahap 2
Saya lelaki berumur 30, saya dapat tahu yang saya ada masalah dengan buah pingang saya iaitu pada tahap 2 selepas buat fully medical checkup. Saya nak tanya doktor adakah buah pingang saya boleh pulih semula dan bagaimana cara untuk saya memulihkan semula fungsi buah pingang saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami
Untuk pengetahuan anda, jika buah pinggang sudah rosak, ia adalah kekal dan tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Akan tetapi, rawatan yang ada kini mampu mengawal dan mengelakkan penyakit buah pinggang dari bertambah parah.
Bagi mendapatkan rawatan yang sesuai, disarankan untuk anda merujuk doktor yang merawat anda kerana doktor yang merawat anda mempunyai maklumat kesihatan yang lengkap.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan nasihat mengenai masalah buah pinggang daripada doktor pakar buah pinggang (Nephrologist).