
Sulit
4 tahun
Cara nak tinggi di usia 15 tahun
Saya lelaki berumur 15 tahun Ketinggian saya adalah 165 cm… Mcm mana saya nak tinggikan bdanye

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ketinggian adalah disebabkan faktor genetik dan interaksi dengan pemakanan. Faktor pemakanan adalah penting ketika awal usia kerana badan memerlukan nutient untuk tumbesaran termasuklah tulang. Apabila seseorang itu sudah mencapai usia 21 tahun, proses untuk tinggi akan terhenti kerana tulang panjang dalam badan sudah pun mencapai kematangan usianya.
Antara usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan ketinggian anda adalah:
- Memakan makanan yang seimbang
- Perbanyakkan buah dan sayuran dalam diet anda
- Dapatkan tidur yang secukupnya
- Bersenam
- Amalkan postur badan yang betul
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.