
Sulit
3 tahun
Datang bulan hanya tiga hari sahaja
saya nak tanya, saya last bersama pasangan pada 4/09 dan telah pun datang bulan pada 25/09. darah period sgt byk pada hari pertama dan hari kedua dtg bulan, masuk hari ketiga darah mula sedikit dan di spender pun sgt2 sedikit darahnya. tapi sebelum2 ni saya mmg mengalami haid yg sekejap maksudnya tksampai 5 hari pun dtg bulan. jadi persoalan saya, adakah normal darah period hanya 3 hari sahaja? dan adakah saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, datang bulan untuk 3 hari adalah normal. Darah period biasanya berlangsung selama 2 hingga 7 hari adalah normal. Kitaran haid biasanya dalam jangka 21 hingga 40 hari juga adalah normal.
Sekiranya anda datang haid, period, kemungkinan anda mengandung adalah amat rendah. Selain itu, gejala dan tanda kehamilan adalah seperti yang berikut:
- Haid tidak datang
- Loya dan muntah
- Sakit perut dan haid berdarah sikit
- Ketidakselesaan payudara, tegang
- Kulit jadi gelap terutamanya pada puting dan perut buncit
- Perubahan mood
- Keletihan
- Kerap kencing
- Sembelit
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.