
Sulit
4 tahun
Gugur dan tidak boleh hamil lagi
Hi Doc. Saya pernah hamil awl 20an kemudian lakukan penguguran ketika usia kandungan 3 msuk 4 bulan. Sekarang sy brkahwin,hampir 12 tahun tapi sehingga kini tidak pernah hamil. Adakah saya tiada peluang untuk hamil kembali. Adakah cara agar boleh kembali hamil. Kini sy berusia 3x tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Kebiasaannya, gugur kandungan tidak menyebabkan sebarang kesan pada kandungan masa hadapan kecuali parut pada rahim sehingga menyebabkan kesukaran hamil (Sangat jarang). Untuk maklumat anda, masalah sukar hamil boleh disebabkan oleh:
- Salah masa (hubungan kelamin diadakan bukan pada hari kesuburan)
- Masalah pada sperma pasangan lelaki
- Masalah pada ovari atau struktur organ kehamilan
Anda boleh baca lebih lanjut di sini mengenai tips untuk mudah hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih