
Sulit
4 tahun
Hari subur perut rasa cramp & senak
Hi, sy sedang merancang ank kedua mggunakan kaedah OPK . Kelmarin OPK sy +ve .sy nk tnya doktor normal ke kalau cramp perut /senak perut semasa berlaku nya ovulasi ? Harini pun perut sy rasa senak lg sebelah kiri .harap dapat penjelasan dri doktorterima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih Puan kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami kebimbangan Puan tentang kesakitan yang sedang Puan alami.
Untuk makluman Puan, dalam ilmu perubatan, terdapat satu istilah dipanggil ‘Mittelschmerz’ ataupun sakit ketika ovulasi berlaku. Majoriti wanita tidak mengalami sakit sebegini, namun sebahagian kecil wanita akan mengalami sakit ketika ovulasi berlaku dan ianya adalah normal.
Mengikut kajian yang dilakukan, tiada sebab sebenar mengapa sakit inir berlaku. Namun terdapat satu konklusi daripada kajian tersebut menyatakan bahawa ketika ovulasi, apabila telur keluar daripada ovari wanita, telur tersebut akan keluar bersama cecair dan darah. Iritasi diantara darah dan cecair yang keluar menyentuh pada permukaan dalaman dinding badan menyebakan sakit ini berlaku.
Sekiranya Puan mengalami simptom sakit yang berpanjangan, sila berjumpa dengan Doktor untuk pemeriksaan lanjut. Puan juga boleh mendapatkan khidmat konsultasi pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.