
bmxazri
5 tahun
HIV Tested menggunakan CMIA method
Hello doktor, saya pemuda 20an. Saya ingin penerangan dari doktor, saya pernah lakukan sex tanpa condom pada pertengahan bulan 9 2019. Saya telah menjalani ujian HIV tested menggunakan CMIA method pada 4.3.2020 tetapi tidak cukup 6 bulan. The result ab/ag is non reactive, adakah keputusan itu tepat menunjukkan saya tidak terjangkit virus HIV?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, CMIA (Chemiluminescent microparticle immunoassay) test merupakan kaedah yang tepat dan boleh dipercayai untuk mengesan HIV. Sekiranya anda ada melakukan ujian ini buat pertama kali dan keputusan menunjukkan negatif, doktor akan menyarankan untuk anda mengulang lagi ujian tersebut kerana tempoh inkubasi virus ini adalah selama lebih kurang 6 bulan. Sekiranya keputusan menunjukkan negatif, ia bermaksud anda tidak dijangkiti virus ini. Walaupun belum genap 6 bulan, saya berpendapat keputusan anda tepat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.