
Sulit
4 tahun
Jerawat tak sakit bila picit
doktor. nak tanya. muka saya breakout teruk hari tu lepastu saya juma derma . mereka bagi ubat akuine and anti bakteria rasanya. lepastu muka saya dah reda tapi kat rahang saya ada satu butir. maybe bekas pastut jerawat dulu. lepastu dia macam tak ada pori. saya picit tak kuar apa2. dia tak sakit, dia butir. dah nak dekat 3 bulan dah rasanya. dia butir macamtu je. apa ye doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintikan atau butiran pada muka anda boleh disebabkan:
- Jerawat - disebabkan seperti perubahan hormon, penyakit PCOS atau penyakit Cushing
- Jeragat (rosacea)
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Gigitan serangga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.