Anonymous
3 tahun
Keluarnya darah di faraj
saya mewakili kawan saya iaitu wanita berumur 21 tahun . dia menceritakan saya bahawa kadang kala dia akan melakukan masturbasi menggunakan apa apa seumpama kemaluan lelaki . Selepas dia melakukan perkara tersebut , air mani dia terdapat darah . maksud di sini , darah tersebut bercampur bersama air mani tersebut . Dia kata tidak berlakunya sebarang kesakitan hanya keluar darah sahaja . darah itu hanya sedikit .
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Trauma/kecederaan akibat masturbasi
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan anda, tabiat onani yang kawan anda lakukan mungkin telah menyebabkan kecederaan kepada mana-mana bahagian kemaluan rakan anda dan menyebabkan pendarahan.
Rakan anda disarankan untuk tidak melakukan tabiat ini dan merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi penerangan dan nasihat lanjut. Terima kasih