
Sulit
3 tahun
Kepala merasa melayang
Kepala tidak sakit…tapi rasa melayang bila berjalan dan pejamkan mata…

3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala. Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan pening kepala, antaranya ialah:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang ibu anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.